Tourism Selangor sasar kehadiran 6.5 juta pelancong pada 2014 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Tourism Selangor sasar kehadiran 6.5 juta pelancong pada 2014

Oleh: AFIX REDZUAN

SUBANG 1 JAN: Demi merealisasikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, Tourism Selangor mensasarkan kehadiran 6.5 juta pelancong ke Negeri Selangor untuk tahun ini.

Sasaran ini ditetapkan untuk mengatasi jumlah kehadiran pelancong yang hampir mencecah 6.3 juta sehingga Oktober 2013 ke Negeri Selangor.


TMM 2014Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din, berkata Tourism Selangor sudah bersedia untuk menyambut kehadiran pelancong dan yakin dengan produk pelancongan yang telah disediakan.

“Kami menyeru semua pelancong untuk melawat ke Negeri Selangor dan saya rasa apa yang kita buat pada tahun 2013, semua produk di Selangor bersedia untuk menerima kehadiran pelancong yang akan tiba.

“Dengan segala kemudahan, informasi dan usaha yang ditunjukkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) amat meyakinkan saya untuk menyambut kedatangan pelancong.

selangor“Kerajaan Negeri sentiasa membantu dan menggalakkan kita dengan sasaran kehadiran pelancong sebanyak 6.5 juta pada kali ini. Kami berharap sasaran ini dapat dicapai,” Katanya kepada Selangor Kini.

Noorul Ashikin sebelum itu bersama Tourism Malaysia menyambut kehadiran pelancong di Terminal Skypark Subang.

Pelancong yang tiba dikalungkan dengan rantai manik sambil dihiburkan dengan persembahan tarian.

Acara sambutan TMM 2014 dibuat di 37 buah pintu masuk negara bagi mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Malaysia.

DSC_6995Selain Terminal Skypark Subang, acara ini turut berlansung antaranya di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Selain itu, pelancong yang menggunakan perkhidmatan kapal persiaran atau cruise ke Malaysia turut disambut di Port Klang Cruise Centre (PKCC), Pelabuhan Klang.

‘Proboscis Monkey’ dipilih sebagai maskot TMM 2014 untuk memeriahkan acara sambutan di balai ketibaan penerbangan bagi menghargai dan memelihara hidupan liar di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelancong asing mengenai haiwan istimewa ini dengan mengiktiraf alam semula jadi ini sebagai aset negara.

Selain keunikan fizikal dan kebolehan, spesies monyet ini merupakan antara spesies hampir pupus yang boleh ditemui di Kepulauan Borneo.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION