Yayasan Selangor sasar 5,500 pelajar, bela pendidikan pelajar kurang berkemampuan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Yayasan Selangor sasar 5,500 pelajar, bela pendidikan pelajar kurang berkemampuan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 22 JAN: Yayasan Selangor mensasarkan penambahan pelajar kepada 5,500 orang sebelum Jun 2014 ini selepas berjaya menaja 5,000 orang pelajar setakat ini.

Pengurus Kanan Pendidikannya, Zahura Zakry, berkata sasaran ini menunjukkan pihak Yayasan Selangor komited untuk membantu pelajar kurang berkemampuan di Selangor supaya mereka dapat meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.


Logo-Yayasan-SelangorKatanya, corak pendidikan kini sudah mula berubah hingga menyaksikan sekolah di kawasan luar bandar dan pinggir bandar berjaya meletakkan diri mereka pada kedudukan sekolah cemerlang.

Jelasnya, pendidikan sahsiah dengan suasana pembelajaran kondusif menjadi pilihan ramai ibu bapa masa kini untuk membuat keputusan sekolah terbaik untuk anak mereka.

Katanya, tiada isu diskriminasi sama ada sekolah tersebut berada dalam kelompok bandar mahupun luar bandar sebaliknya bantuan perlu diberikan kepada mereka yang layak.

“Memang itu yang berlaku tetapi pada saya perlu sama ratakan. Pelajar miskin bandar juga kita bantu. Dunia semakin berubah, tiada isu yang mengatakan pelajar luar bandar tertinggal. Banyak sekolah sudah naik taraf.

“Ibu bapa sekolah kini lebih bijak, mereka mengkaji setiap sekolah yang lebih sesuai supaya anak mereka mendapat suasana pembelajar yang lebih kondusif. Maka tiada isu luar bandar dan bandar,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Yayasan Selangor juga turut memberikan sumbangan biasiswa kepada pelajar daripada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sekaligus dapat membantu pihak sekolah menganjur program bimbingan bagi memantapkan lagi pencapaian pelajar.

Pengurus Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor, Rosmaria Hani Maarof, berkata kemasukan pelajar daripada pelbagai jenis sekolah melihatkan adunan budaya dan sahsiah pelajar yang datang daripada sekolah aliran biasa dan aliran agama.

Katanya sehingga kini terdapat penambahan sekolah agama yang ditaja dari enam buah kepada 11 buah sekolah.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION