Zunar: Pengamal media mesti bersatu tuntut kebebasan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Zunar: Pengamal media mesti bersatu tuntut kebebasan

Oleh: Lizawati Madfa

KUALA LUMPUR 4 JAN : Tiada cara lain untuk menentang kerajaan Umno-BN menyekat kebebasan media, melainkan semua pengamal media mesti bersatu memperjuangkan hak mereka.

Kartunis, Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar Haque, berkata selagi pihak media tidak bersatu, objektif kebebasan media di negara ini tidak akan tercapai.


DSC_0200Katanya, pihak media pada ketika ini mula mempunyai kesedaran untuk bersolidariti menentang tindakan kerajaan yang berat sebelah, namun ianya masih belum cukup kuat.

“Seperti hari ini, yang hadir bersolidariti cuma pengamal media alternatif sahaja, saya tidak nampak (wakil) media perdana.

“Sedangkan dalam masa beberapa tahun ini kita dapat jangkakan bahawa kerajaan akan bersikap lebih berat dan tegas lagi terhadap pihak media dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Bagaimana saya tahu ini? Begitulah sikap sesebuah kerajaan minoriti, dia pasti akan kawal media.

“Jadi, pihak media kesemuanya perlu lebih bersatu atas nama kebebasan,” kata Zunar.

Terdahulu, beliau menyertai kira-kira 200 orang wartawan, aktivis dan wakil media berhimpun di Dataran Jam Kecil berhampiran Dataran Merdeka petang tadi.

DSC_0082Dinamakan ‘Protes Pensel Merah’, mereka yang berhimpun menuntut Kementerian Dalam Negeri(KDN) membenarkan mingguan The Heat kembali beroperasi kemudian berarak menuju ke Masjid Jamek dalam keadaan hujan lebat.

Sementara itu, editor Suara Keadilan, Najib Hashim menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji transformasinya dalam isu kebebasan media.

“Tiada guna Najib Razak gubal undang-undang berkaitan media andai dia tidak kotakannya, malah berterusan pula menganggu pihak media.

“Saya minta Najib Razak bersedia untuk berhadapan dengan realiti, jangan jadi seperti Myanmar pula,” katanya lagi.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION