Selangorkini
SELANGOR

Kajian UMCEDEL: 59% pengundi Kajang mahu Anwar bertanding PRK

Oleh : NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 20 FEB: Sebanyak 59 peratus pengundi yang bakal mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang berkata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim wajar bertanding dalam PRK itu.

Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan 24 peratus menjawab tidak pasti dan 17 peratus berkata tidak wajar.

Anwar PRKPengarah UMCEDEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata keputusan diperoleh menerusi 576 responden yang menjawab soalan ‘PRK Kajang wajar diadakan bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor’.

“Ini bermakna tidak seperti yang cuba digambarkan media arus perdana orang Kajang tolak Anwar sebab dalam kajian menggambarkan majoriti pengundi Kajang gembira PRK diadakan.

“Rakyat seolah-olah dipaksa menerima gambaran Anwar tidak diterima,” kata Dr Redzuan ketika membentangkan keputusan kajian dari 14 hingga 15 Febuari lalu bersempena PRK Kajang itu.

wajar

Kajian itu juga menunjukkan 50 peratus pengundi Melayu bersetuju Anwar bertanding bagi membolehkannya dilantik Menteri Besar Selangor baru, 22 peratus mengatakan tidak manakala 28 peratus, tidak pasti.

Bagi pengundi Cina pula, 68 peratus mengatakan ya, 12 peratus tidak dan 20 peratus tidak setuju, diikuti pengundi India; 62 peratus ya, 8 peratus tidak dan 30 peratus tidak pasti.

UMCEDEL kaliDalam soalan sama, 48 peratus pengundi yang bakal mengundi buat kali pertama bersetuju berbanding 17 peratus tidak bersetuju dan 35 peratus lagi tidak pasti.

Sementara itu, pengundi yang mengundi buat kali kedua merupakan golongan tertinggi bersetuju dengan 70 peratus, sembilan peratus tidak bersetuju dan diikuti tidak setuju sebanyak 21 peratus.

EZY


Pengarang :