Selangorkini
SELANGOR

‘Nanti keluar cerita Anwar terlibat perang dunia ke-2 pula’

Oleh Afix Redzuan

SHAH ALAM 16 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kononnya memainkan peranan dalam Ops Lalang 1987.

Beliau berkata, setiap masalah di negara ini ‘semua salah Anwar’ termasuk menahan 108 pemimpin pembangkang dan aktivis mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

“Ops Lalang, pertama kali saya dengar semua salah Anwar. Semalam saya diberi satu artikel (kononnya) saya terlibat dalam 13 Mei.

ann“Lepas ini, keluar pula cerita Anwar terlibat perang dunia kedua,” katanya secara sinis ketika berucap di Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja di sini, hari ini.

Mahathir dalam satu portal berita tempatan membuat tuduhan tanpa bukti kononnya Anwar turut memainkan peranan penting menjayakan Operasi Lalang pada 1987.

Malaysia Kini pula hari ini memetik kenyataan Anwar yang tidak memberi jawapan berhubung persoalan sama ada mahu menjadi menteri besar  jika memang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Dalam lawatan Anwar itu, seorang pengundi menyatakan beliau hanya akan mengundi ketua umum PKR itu jika menjadi menteri besar baru.

“Jika kamu kata ya, saya akan undi kamu; jika tidak, saya tidak akan undi kamu; dan jika jawapan kamu tidak pasti, saya pun tidak pasti akan undi kamu,” kata seorang guru Robert Tan.

Anwar kemudian menjawab: “Kamu beri saya tiga pilihan, saya akan jawab begini:

“Cikgu Robert Tan, tuan, sokong saya di Kajang dan kita akan buktikan kamu buat pilihan yang betul.”

– FZL


Pengarang :