NASIONAL

PAS gerak jentera bantu kempen Anwar di DUN Kajang

Oleh : MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM, 4 FEB: PAS Pusat dan Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS melantik Dr Mohd Hatta Ramli yang menjadi Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK DUN Kajang.

“Pada masa sama, kita ingin pertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor tidak berbangkit,” katanya dalam satu kenyataan.

Haji Abdul Hadi AwangAbdul Hadi berkata, PAS mengecam hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001-2003) dan Menteri Industri (2003-2006) Bangladesh yang juga Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami.

Abdul Hadi berkata, Matiur Rahman dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan.

“PAS mendesak pihak Tribunal tidak harus menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak dan mendengar kritikan badan guaman serta hak asasi manusia antarabangsa,” katanya.

-NFN-


Pengarang :