Selangorkini
NASIONAL

Pemberian BR1M tidak selesai masalah peningkatan kos hidup

SHAH ALAM 23 FEB: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak dapat menyelesaikan masalah peningkatan kos hidup yang terpaksa ditanggung rakyat berpendapatan pertengahan dan rendah.

Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri berkata, bantuan tersebut sekadar mengelabui mata rakyat supaya tidak begitu terasa dengan kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

one off copy BRIMKatanya, dengan jumlah bantuan yang tidak seberapa itu, ia tidak boleh bertahan lama, sedangkan setiap hari rakyat perlu berhadapan dengan harga barangan yang meningkat.

“BR1M ini cuma tahan seminggu, ia tidak selesaikan apa-apa. Bila habis wang itu, maka rakyat sekali lagi akan berhadapan dengan tekanan, kerajaan tidak serius mahu bantu.

“Malah kita lihat bukan sedikit yang memohon, ini buktikan kerajaan Umno dan Barisan Nasional telah gagal tingkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat seperti yang mereka laungkan,” kata Yahya dipetik Keadilan Daily.

Menurutnya, pemberian BR1M yang bersifat one-off itu hanya membuktikan ketidaksungguhan kerajaan dalam membantu rakyat dari terus dibebani tekanan ekonomi.

EZY

 


Pengarang :