Penyelesaian atasi jurang, halangan wanita dapatkan hak nafkah | Selangorkini


Penyelesaian atasi jurang, halangan wanita dapatkan hak nafkah

Oleh Rozaini MR

KUNJUNGAN hormat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) ke Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail menghasilkan beberapa perkongsian.

Khususnya dalam menambah baik jurang atau halangan yang wujud bagi wanita untuk mudah mereka untuk mendapatkan hak ketika berlakunya perceraian.


Dapatan dan kajian, rata-rata mendapati wanita tidak mengetahui hak
mereka dan sering terjebak dalam kesulitan memahami dan mengikuti proses dan prosedur mahkamah, ditambah pula dengan kos guaman yang tinggi.

Seringkali juga wanita tidak tahu wujudnya bantuan dan skim yang
berhasrat untuk meringankan kesulitan hidup mereka seperti Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).

Perbincangan dua hala itu selama dua jam setengah itu membawa kesepakatan kepada beberapa bentuk kerjasama dan pemurnian
enakmen sedia ada bagi memesra-rakyatkan proses keadilan  dan
mengurangkan birokrasi.

IMG_5835 (1)

Hadir dalam pertemuan pada 30 Januari itu ialah Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Dr Mohd Na’im Mokhtar; Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Siti Noraini Mohd Ali.

Dalam pertemuan itu, telah diutarakan agar budaya penyelesaian kes kekeluargaan berasaskan komuniti (community-based) sebagai pendekatan yang perlu diteliti, selain dari yang sedia dipakai iaitu berasaskan keputusan mahkamah (court-based).

Ia bermaksud pemimpin dan mereka yang berautoriti dalam masyarakat, seperti ketua kampung, imam masjid, pemimpin NGO, dan sebagainya, mengambil langkah proaktif untuk membantu mencari punca dan menyelesaikan masalah rumah tangga masyarakat setempat.

Ia menjadikan mahkamah itu sebagai jalan terakhir bagi pihak terbabit.

Rodziah juga menimbulkan aduan wanita bukan Islam yang berasa wanita Islam beruntung dipelihara hak dan kebajikan mereka oleh undang-undang syariah tetapi wanita bukan Muslim tiada jaminan seperti itu.

IMG_5861Kata Rodziah lagi, Kerajaan Selangor prihatin tentang keadaan itu dan
memohon cendekiawan dan aktivis untuk mensinergi ilmu dan pengalaman mereka ke arah menghasilkan inovasi dalam memelihara kebajikan wanita.

Sebahagian RM30 juta Tabung Pemberdayaan Wanita Selangor yang diluluskan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) November 2013 lalu mengenai Belanjawan Negeri akan diperuntuk untuk memfokus hak, keselamatan dan undang-undang.

Usaha terkini menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB) Negeri Selangor ialah penubuhan Klinik Guaman yang beroperasi sejak pertengahan November 2013 di PWB Batu Tiga.

Secara umumnya ia berperanan sebagai tempat wanita membuat aduan kes dan juga diberi khidmat-nasihat mengenai perundangan.

Beberapa masalah yang dihadapi wanita dalam mendapatkan hak nafkah isteri, edah dan anak ialah kelewatan proses mahkamah, birokrasi yang membebankan, tidak berkemampuan dari sudut kewangan untuk membiayai kos guaman dan tidak mengetahui sistem dan prosedur mahkamah syariah dengan baik.

Ramai wanita tidak mengetahui wujudnya BSK yang boleh membantu mereka mendapat hak mereka. BSK ditubuh April 2009. Matlamatnya ialah untuk menguatkuasakan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

Ada tiga unit yang beroperasi:

Khidmat Nasihat Perundangan: BSK berperanan memberi nasihat perundangan syariah secara khusus berkaitan tuntutan nafkah serta tatacara penguatkuasaan dan perlaksanaan penghakiman atau perintah selepas suatu penghakiman atau perintah Mahkamah Syariah

Penguatkuasaan dan Pelaksanaan perintah: Melaksanakan tugas Peguam Syarie dan Bailif dalam penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah berkaitan dengan nafkah bagi memastikan sesuatu perintah dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak

• Pengurusan Dana: Menguruskan pembayaran pendahuluan nafkah kepada pelanggan yang layak setelah melalui tapisan kelayakan dan pertimbangan oleh Jawatankuasa Akaun Amanah. Pendahuluan nafkah ini bertujuan membantu Pemiutang Penghakiman terutama isteri dan anak-anak yang menjadi mangsa kegagalan pembayaran nafkah oleh Penghutang Penghakiman.

IMG_5839BSK juga melaksanakan pengurusan pentadbiran berkaitan penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah Mahkamah Syariah antara negeri berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Bagi wanita yang bercerai dan menuntut nafkah yang diputuskan mahkamah, perlu meneruskan proses penguatkuasaan pula. Mereka boleh mendapatkan khidmat-nasihat BSK yang beroperasi di seluruh negara.

Usaha advokasi perlu ditingkatkan ke seluruh Selangor bagi membolehkan wanita mendapat informasi dan khidmat-nasihat mengenai BSK.

(Pejabat BSK di Selangor: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor. Telefon: 03-55191293/1291 atau Faksimili 03-55105620)

 

 

 

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION