SELANGOR

Semakin ramai penyokong Umno yakini kepimpinan Anwar

SHAH ALAM 21 FEB: Penyokong Umno-BN semakin ramai yang muncul dalam siri perjumpaan kecil yang dianjurkan pasukan Anwar Ibrahim dengan penduduk setempat seperti di kedai-kedai kopi dan tazkirah.

Kehadiran ramai ahli Umno yang memilih untuk terus mendengar Anwar semasa perjumpaan ini memberi manfaat kepada matlamat PKR bagi mengekalkan kerusi itu, kata seorang daripada pengurus kempen Anwar, kata ketua bilik gerakan PRK Kajang, Mohd Yahya Saari.

Kajang utamaWalaupun kempen rasmi belum bermula, Ketua Umum PKR dan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menembusi pengundi Melayu yang secara tradisinya berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Kami agak terkejut mereka benar-benar datang dan mereka menunggu hingga akhir bagi mendengar Anwar berucap,” kata Yahya dipetik The Malaysian Insider.

Lawatan Anwar ke kampung-kampung Melayu dan kawasan perumahan di Batu 10 Cheras dan Kampung Sungai Kantan di kawasan itu juga sesuai dengan apa yang dimaksudkan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dalam satu temu bual lepas.

Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor secara keseluruhannya, perlu mengajak orang Melayu Islam menentang provokasi kaum dan agama semasa penggal kedua memerintah negeri ini.

DSC_2406“Mereka nampaknya agak terganggu bagaimana Umno boleh berfikiran sempit. Mereka berasa parti itu seolah-olah hanya mengambil berat orang Melayu dan bukan seperti sebelumnya yang dilihat lebih terbuka kepada semua masyarakat,” kata Mohd Yahya.

Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menyatakan sebanyak 59 peratus pengundi yang bakal mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang berkata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim wajar bertanding dalam PRK itu.

Pada pilihan raya umum lepas, PKR mendapat 19,571 undi, menang dengan majoriti 6,824 undi mengalahkan calon MCA daripada BN, Lee Ban Seng yang memperoleh 12,747 undi manakala Mohamad Ismail daripada Berjasa mendapat 1,014 undi.

EZY


Pengarang :