Selangorkini
NASIONAL

Zahid Hamidi masih kagumi Anwar Ibrahim?

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 3 FEB: Tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Zahid Hamidi menggunakan ungkapan “lawan tetap lawan” menjadi tanda-tanya mengenai kecenderungan dan kekagumannya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blogger, Shahbudin Husin, berkata semua orang tahu ungkapan itu begitu sinonim digunakan oleh Anwar sejak dipecat daripada Umno dan kerajaan pada 1998 lagi.

Anwar Ibrahim Zahid HamidiKatanya, apabila Zahid tiba-tiba menggunakan ungkapan itu, sedangkan beliau boleh memilih menggunakan ungkapan lain atau mengulangi frasa kata yang kerap disebut oleh Najib Razak darah perjuangan Anwar masih mengalir dalam tubuhnya.

“Ketika Anwar dipecat pada 1998, Zahid merupakan antara pemimpin Umno yang masih bersama dengan bekas TPM itu, malah kelibat beliau dan para penyokongnya daripada Pemuda Umno hampir setiap hari berada di rumah Anwar di Bukit Damansara.

“Berikutan sokongannya yang berterusan itu, beliau kemudian ditahan di bawah ISA dan terpaksa melepaskan jawatan ketua Pemuda Umno yang disandangnya sebagai syarat pembebasan dan terus kekalnya bersama Umno,” tulis Shahbudin di blognya.

reformasi1Katanya, meski berbeza bahtera perjuangan sekarang ini, keintiman jiwa dan rasa kekaguman Zahid terhadap Anwar nampaknya masih lagi berbekas dan sukar dikikis.

“Menyanjung ungkapan “lawan tetap lawan” yang dipinjamnya daripada Anwar sebagai menunjukkan nilai perjuangan yang seharusnya didukung oleh Umno dan BN sekarang.

“Ia turut menunjukkan pengiktirafan dan adanya kebersamaan beliau dengan bekas “taukenya”, malah seperti menunjukkan darah perjuangan Anwar masih mengalir dalam tubuhnya,” tulisnya.

EZY


Pengarang :