Selangorkini
SELANGOR

AKTIVITI YB: Ziarah rakyat, salur bantuan naik motosikal

SETIAP wakil rakyat ada caranya tersendiri menemui rakyat.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan lebih gemar menziarahi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dengan menaiki motosikal.

“Naik motosikal lebih senang memandangkan keadaan geografi di DUN Gombak Setia dan jalan sempit. Lebih mudah guna motosikal untuk bergerak dan sampai terus ke rumah penduduk,” katanya.

DSC_0094

Ia seterusnya membawa kejutan kepada Mohd Zain Ahmad, 75, yang menerima kehadiran Hasbullah tanpa disangka-sangka, lantar menerbitkan rasa terharu.

“Mulanya saya dihubungi ketua kampung hanya untuk melawat sahaja, tidak sangka, ketua kampung datang bersama wakil rakyat dan beri bantuan,” katanya yang mengidap minor strok di Kampung Tengah 1.

DSC_0010

Rose Rashidah Ismail, 46, seorang ibu tunggal kematian suami yang menyara lima anak terharu dengan sumbangan yang dihulurkan Hasbullah, seterusnya meringankan beban keluarganya.

Sebenarnya, dengan menunggang motosikal, Hasbullah menziarahi enam rumah melalui program Ziarah Kebajikan di Kampung Kerdas dan Kampung Tengah pada 4 Mac lalu.

Turut serta ialah Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Gombak Setia, Ramli Talib; Ketua Kampung Tengah, Edrus Mohd Yusof dan Ketua Kampung Changkat, Zainal Abidin Abu Bakar.

DSC_0030

Kata Hasbullah, ziarah itu rutin Pusat Khidmat DUN untuk menyalur bantuan  terus ke rumah sebagai antara aktiviti mingguan dengan sasaran sekurang-kurangnya lima rumah untuk diberi bantuan.

“Kita dapat maklumat dari ketua kampung dan orang ramai. Sumbangan juga diberi di pejabat Pusat Khidmat DUN.

“Inilah yang dilakukan kerajaan Selangor untuk membantu rakyat tanpa mengira keadaan dan latar belakang,” kata Hasbullah.

Sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan kepada orang ramai, boleh hubungi laman fanpage YB Ustaz Hasbullah Ridzwan melalui www.facebook.com/ustazhasbullah.


Pengarang :