Selangorkini
SELANGOR

Haniza : Program MES perlukan pendedahan lebih meluas

Oleh: Norfarahidayu Baharudin

PETALING JAYA 15 MAC : Rakyat perlu diberikan pendedahan yang lebih meluas terhadap peluang yang boleh diperolehi dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan sejak tahun 2008.

Pendedahan ini penting untuk rakyat bagi merasai faedah dan kelebihan berada di bawah negeri pemerintahan Pakatan Rakyat.

IMG_6487a“Pusat khidmat bergerak untuk setiap DUN diperlukan dengan kita pergi kepada rakyat untuk kita jelaskan mengenai MES supaya sama-sama dapat merasakan faedah,” katanya.

Selaku ADUN Taman Medan, Haniza Talha telah mempraktikkan pusat khidmat bergerak kerana beliau yakin ini adalah cara mudah untuk mendekati rakyat.

Haniza yang ditemui ketika Majlis Penyerahan Khairat Kematian RM1,500 fasa kedua untuk 170 penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Serbaguna MBPJ.

“Kerajaan Pakatan Rakyat sangat bertanggungjawab dan cekap menguruskan kewangan dan sumber hasil negeri Selangor.

“Kalau sebelum ini rakyat tidak pernah merasai kelebihan sebegini ketika pemeritahan kerajaan BN, jadi inilah masanya untuk kita menghargai rakyat terutama golongan warga emas,” katanya.

Tambahnya, terdapat perancangan untuk menambah program yang melibatkan warga emas yang masih lagi didalam perbincangan.

“Kami ada mencadangkan agar warga emas ini dihargai dengan meraikan sambutan kelahiran bersama mereka namun cadangan itu masih didalam perbincangan dan saya berharap cadangan itu diterima,” katanya.

Sementara itu, turut hadir ke majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Rantaian Mesra Sdn bhd, Kamsani Nasir untuk memberikan penerangan kepada orang ramai yang hadir mengenai info terbaru yang terdapat didalam program MES.

“Ramai dikalangan kita yang masih keliru dengan program MES dan masih ada yang tidak tahu wujudnya beberapa program yang boleh mereka terlibat bersama.”

“Kebanyakkan generasi muda lebih terdedah dengan program MES berbanding mereka yang berada didalam lingkungan generasi pertengahan dan warga emas. Ini sangat menyedihkan,” katanya.

Majlis yang berlangsung di Petaling Jaya itu melibatkan penerima SMUE dari Parlimen seputeh dan tujuh kawasan DUN iaitu Taman Medan, Seri Setia, Subang Jaya, Kinrara, Seri Kembangan, Seri Serdang dan Bukit Gasing.

EZY


Pengarang :