Selangorkini
SELANGOR

Hannah: PR tidak perlu ikut rentak perkauman Umno-BN

SHAH ALAM, 9 MAC: Ketua Wanita DAP Selangor, Hannah Yeoh menggesa semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat agar tidak mengikut rentak politik Umno-BN yang berteraskan sentimen perkauman.

“Isu kaum adalah isu Umno-BN, bukan Pakatan. Jangan sesekali ikut rentak mereka. Walaupun mereka suka laga-lagakan parti Pakatan, dan bangkitkan sentimen kaum di kalangan rakyat.

“Kita mesti terus berjuang untuk golongan majoriti dan juga minoriti,” katanya dalam sesi pidato ‘Pakatan Membela Rakyat’ di Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima, semalam.

Sebaliknya, beliau meminta agar ahli terus membina dan mengukuhkan jambatan persahabatan dan kerjasama antara parti.

Hannah turut mengingatkan wakil parti mengingatkan semua pimpinan supaya mengenepikan kepentingan politik semata-mata hingga menindakkan keperluan rakyat.

“Di Selangor, kita perlu tonjolkan ketelusan dengan sebaiknya. Di dalam penggal kedua kerajaan Selangor, perkara ini perlu diteruskan,” katanya.

EZY


Pengarang :