Selangorkini
SELANGOR

LUAS : Kapasiti air empangan Selangor kurang peningkatan

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 19 AMC : Kadar hujan yang kurang di kawasan tadahan selain faktor pengewapan tinggi ekoran cuaca panas sejak kebelakangan ini adalah penyebab tidak berlakunya peningkatan kapasiti air di empangan.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat, berkata sehingga kini kapasiti takungan kesemua empangan di Selangor masih berada di atas paras kritikal.

“Berdasarkan pemantauan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sehingga 18 Mac lalu, kapasiti empat daripada tujuh empangan di negeri ini berada di bawah paras 70 peratus.

empangan  air lembah kelang“Manakala, enam lagi empangan lain tiada peningkatan kapasiti air berikutan kadar hujan yang kurang dan tidak memberikan kesan signifikan kepada kapasiti empangan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Empangan Klang Gates mencatatkan kapasiti 51.30 peratus, Empangan Langat (58.05%), Empangan Sungai Selangor (38.97%) dan Empangan Sungai Tinggi pada kapasiti 68.26 %, pada 18 Mac lalu.

Hanya kapasiti Empangan Klang Gates sahaja menunjukkan sedikit peningkatan daripada 51.16 peratus pada 15 Mac kepada 51.30 peratus pada 16 Mac dan kekal pada paras sama sehingga hari ini.

Sementara itu, kapasiti bagi tiga empangan lain iaitu Empangan Batu, Empangan Semenyih dan Empangan Tasik Subang masing-masing berada pada tahap melebihi 70 peratus pada tarikh sama.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3Pada 15 dan 16 Mac lalu, LUAS dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berjaya melakukan pembenihan awan dengan kadar hujan yang direkodkan antara 3mm hingga ke 22.5mm.

LUAS dengan kerjasama MetMalaysia dan pihak swasta terbabit akan melakukan pembenihan awan yang lebih intensif bagi meningkatkan kadar hujan di kawasan tadahan empangan.

“LUAS sudah mengarahkan operator untuk mengurangkan pelepasan air daripada Empangan Sungai Selangor secara berperingkat daripada 100 juta liter sehari (JLH) kepada 500 JLH.

“Ini pula diikuti dengan meningkatkan pelepasan daripada Empangan Sungai Tinggi antara 100 JLH hingga ke 200 JLH daripada jumlah pelepasan maksimum 1200 JLH untuk menyeimbangkan pelepasan air empangan bagi keperluan dan memanjangkan hayat simpanan takungan Empangan Sungai Selangor,” katanya.

-NFN-


Pengarang :