Selangorkini
SELANGOR

MB : Rakyat diminta jimat penggunaan air

Oleh : AFEEQA AFEERA

KAJANG, 10 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan rakyat supaya menjimatkan penggunaan air berikutan musim kemarau yang melanda di beberapa kawasan.

Beliau berkata rakyat perlu berhemat menggunakan air kerana hujan dijangka hanya akan turun dalam tempoh dua minggu lagi atau selewat-lewatnya April depan.

air-syabas_MBaKatanya program penjadualan air yang dilaksanakan kerajaan negeri juga adalah bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan negeri ini supaya ia dapat bertahan untuk tempoh dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan.

“Penduduk dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air di dalam tong supaya ia dapat digunakan sekiranya berlaku penjadualan air di kawasan kediaman masing-masing.

“Kita lakukan penjadualan air bukan kerana tiada air tetapi kita risau kalau empangan betul-betul tiada air kerana musim panas yang berterusan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Kemudahan Komuniti Pangsapuri Makmur di Bandar Baru Saujana, di sini.

Terdahulu, kerajaan Selangor melaksanakan program penjadualan air secara bergilir di seluruh negeri bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Februari lepas.

Melalui program itu, kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.

EZY

 


Pengarang :