Selangorkini
SELANGOR

MB sarapan bersama masyarakat Kajang

KAJANG 18 MAC: Kesibukan jadual Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghalang beliau membantu kempen PRK Kajang bagi memastikan kemenangan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Abdul Khalid yang juga Pengarah Pilihan Raya DUN Kajang turun bersama-sama dengan masyarakat hari ini untuk bersarapan di Warong Kg Batu 10 di sini.

MB sarapanDikesempatan itu beliau beramah-mesra dengan penduduk Kg Batu 10 sambil menziarahi penduduk sekitar.

Turut sama dalam program itu adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Exco Selangor, Iskandar Samad dan jentera Pakatan Rakyat.

Esok 19 Mac merupakan hari mengundi bagi pengundi awal bagi PRK DUN Kajang.

Seramai 1187 pengundi awal dijangka akan membuang undi di tiga pusat pengundian yang dibuka SPR.

EZY


Pengarang :