Selangorkini
SELANGOR

Presiden PAS: PRK Kajang mesej jelas PR berjaya satukan pelbagai kaum

KAJANG 1 MAC : Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang sangat bermakna untuk memberi mesej kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat dengan pelbagai kaum dan agama berjaya disatukan.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata pilihan raya ini akan menjadi bukti kepada BN bahawa Pakatan Rakyat berjaya menyatukan rakyat khususnya dalam kawasan campuran seperti di N25 Kajang.

segiempattepatPRK“Di Kajang ini akan menunjukkan kita Pakatan Rakyat berjaya memecahkan sempadan perkauman yang sering ditaja oleh BN,” katanya.

Beliau berkata Kajang akan menjadi simbol kerakusan BN menggunakan jentera kerajaan pusat untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya pada 23 Mac nanti.

“Pemuda hendaklah bekerja dengan bersemangat bukan sahaja kita mahu kekal kemenangan bahkan dengan majoriti lebih besar,” katanya dipetik Harakah Daily.

Di dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat berjaya menafikan undi popular BN.

“Atas rekod ini, kita mahukan Kajang terus melonjakkan mesej undi popular ini untuk kita kekal di Kajang. Kita mahu rakyat sebagai pendokong utama dengan undi lebih kepada rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Taman Mesra Kajang sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi.

Sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan bendera parti masing-masing kepada ketua Pemuda PAS, AMK dan DAP sebagai simbolik pelancaran jentera PRK Pemuda.

EZY


Pengarang :