Selangorkini
SELANGOR

PRK Kajang : MPKj gagal selenggara longkang, jurukamera Selangor Kini cedera

ccsb-ads

Oleh : AFEEQA AFEERA

KAJANG, 24 MAC : Jurukamera Selangor Kini, Hanafi Mohamed, cedera di kaki kiri dan tangan kanan akibat terjatuh ke dalam longkang tidak berpenutup ketika membuat liputan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, di perkarangan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu menimpa Hanafi, 45, ketika beliau sedang merakam aksi calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beramah mesra dan bertemu penyokong sejurus selepas diisytihar menang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

69580_757683504256735_1175189654_nerdasarkan maklumat daripada rakan sekerja, Nazli Ibrahim, jurukamera malang itu dipercayai terjatuh ke dalam lubang seluas dua kaki persegi dan mempunyai kedalaman paras pinggang.

Ekoran itu, Hanafi dibantu anggota polis dan orang ramai sebelum dibawa masuk ke dewan untuk diberikan rawatan oleh pasukan perubatan.

Tidak ada kerosakan pada anggota badan lain, bahkan peralatan kameranya juga berada dalam keadaan baik.

Maklumat daripada orang ramai juga mendapati longkang itu tidak diselenggara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) walaupun pernah dilaporkan sebelum ini.

-NFN-


Pengarang :