Selangorkini
NASIONAL

Ustaz Azhar Idrus: BR1M sahaja tidak cukup, Kerajaan wajib salur lebih banyak

SHAH ALAM 1 MAC: Kerajaan Pusat patut memberikan lebih keselesaan kepada rakyat yang memerlukan dan tidak tertumpu kepada pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) semata-mata.

Penceramah Terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan pemberian BR1M yang diberikan Kerajaan Pusat tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya diterima.

gambar-Ustaz-Azhar“Harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata. Ia jadi kewajipan kerajaan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata.

“Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tetapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja. Betul ke cara macam itu?” katanya dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata penerima BR1M patut menerima jumlah itu seperti yang dijanjikan di bawah Manifesto PRU13 BN, dan bukannya dikurangkan kepada RM650.

one off copy BRIMRakyat wajar menerima BR1M berjumlah RM1,200 sekiranya Malaysia Airlines (MAS) tidak mengalami kerugian besar berjumlah RM4.1 bilion dalam tempoh 3 tahun yang lalu.

Kerajaan Umno-BN gagal menepati Aku Janji yang dibuatnya sendiri sebelum Pilihan Raya Umumke-13 untuk menaikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 kepada RM1,200 apabila hanya mengumumkan pemberian sebanyak RM650 setahun.

Pada Februari 2013 – sebelum pilihan raya umum ke-13 – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

Antara aku janji BN yang diumumkan sebelum PRU-13 adalah menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 bagi orang bujang setiap tahun bagi lima tahun akan datang.

EZY


Pengarang :