NASIONAL

Wan Azizah doakan hakim diberi hidayah

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 13 MAC: Walaupun suami beliau dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih mendoakan tiga hakim terbabit diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Wan Azizah berkata, hukuman yang dijatuhkan itu adalah penganiayaan terhadap beliau dan keluarga apabila keputusan itu dipebgaruhi kuasa politik.

“Perbicaraan yang kita lihat memang tidak boleh diterima kerana hakim yang lemah. Semoga Allah memberikan mereka hidayah.

wan azizah pc purple 01“Saya diberi sejam untuk mereka jatuhkan hukum. Senang-senang lima tahun penjara,” katanya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, di sini, semalam.

Katanya, perjuangan beliau bukan sekadar membela nasib keluarganya tetapi demi semua mangsa penindasan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) termasuk keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Sekurang-kurangnya apabila saya tiada nanti, saya boleh jawab apa yang sudah dilakukan untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi Kajang supaya menolak BN sebagai menyatakan manifestasi memperjuangkan keadilan dan menolak kezaliman yang dilakukan.

-NFN-


Pengarang :