SELANGOR

DYMM Sultan: Rizab Selangor RM2.9 bilion, pencapaian cemerlang perlu diteruskan

SHAH ALAM 7 APRIL : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terus melahirkan rasa gembira dan bangga dengan pencapaian cemerlang pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Baginda dalam ucapan pembukaannya di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), Baginda memuji kebijaksanaan Kerajaan Negeri mencatatkan rizab negeri setakat 7 Mac sehingga RM 2.9 billion sekalipun mengeluarkan belanja yang tinggi untuk melaksanakan program-program kebajikan.

dnsSelain belanjawan keseluruhan 2014 yang berjumlah RM2.28 billion, Baginda turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM494 juta dipohon bagi pihak DNS, dengan RM345 juta daripada rizab negeri.

“Peningkatan jumlah ini merupakan perkembangan positif bila mana sejumlah wang besar diperuntukkan bagi memenuhi agenda dan dasar Kerajaan Negeri.

“Ini meliputi program tertentu yang secara langsung memberi kesan positif kepada rakyat Selangor khususnya,” titah Baginda.

Pada masa sama, Baginda mengingatkan semua wakil rakyat, ketua Jabatan dan penjawat awam untuk mengikuti perkembangan ekonomi dunia kerana mempengaruhi kedudukan ekonomi Selangor.

“Antaranya, ekonomi dunia dianggarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa berkembang sederhana pada kadar tiga peratus pada tahun 2013.

“Bagaimanapun, ekonomi global dijangka tumbuh lebih pantas pada 2014 pada kadar 3.7 peratus,” titah Baginda.

Ekonomi negeri Selangor dijangka berkembang pada 2013 kadar 6.1 peratus berbanding KDNK Malaysia bagi 2014 yang diunjurkan berkembang di antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

EZY


Pengarang :