Perarakan himpunan tolak GST ‘berakhir’ di Dataran Merdeka 1 Mei | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Perarakan himpunan tolak GST ‘berakhir’ di Dataran Merdeka 1 Mei

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 21 APRIL: Perhimpunan rakyat menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei nanti akan diadakan di empat lokasi berbeza sebelum ‘berakhir’ di Dataran Merdeka.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, perhimpunan yang dinamakan Himpunan 1 Mei 2014 itu akan diadakan di Masjid Negara, Brickfield, Sogo dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebagai kumpulan utama sebelum bergabung di Dataran Merdeka selepas itu.


Dataran Merdeka“Ada orang tanya ada perhimpunan di Dataran Merdeka atau tidak dan disebabkan banyak pihak yang terlibat kita mengambil sikap seperti mana Najib mengumumkan ‘pesawat itu berakhir di Lautan Hindi’, begitu juga himpunan ini juga akan ‘berakhir’ di Dataran Merdeka,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi Selangor Kini di sini hari ini.

Kata Badrul Hisham atau juga dikenali dengan Chegu Bard, acara 1 Mei yang akan bermula pada tengahari di KLCC itu dijangka berakhir sekitar jam 2.00 petang sebelum memulakan perarakan ke Dataran Merdeka.

Kata beliau, pelbagai acara sudah diaturkan di KLCC oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014 seperti ucapan pimpinan, persembahan dan ikrar hari pekerja.

Mengulas isu permit berhimpun, Chegu Bard meminta agar pihak berkuasa menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam isu GST, saya mohon pihak berkuasa seperti polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersikap rasional kerana kita adakan ini untuk menyambut seruan Perdana Menteri ketika pembentangan belanjawan yang menyentuh pasal GST dia sendiri menyebut dia nak tengok respon rakyat.

“Kita dah respon macam-macam tetapi mungkin menteri atau agensi tipu dia dengan kata rakyat terima dan GST dibentangkan dalam parlimen.

“Jadi kita nak beritahu dengan jelas dalam perhimpunan yang besar kali ini dan kita dah buktikan pada malam tahun baru perserta demontrasi memasuki ke Dataran Merdeka tanpa kekacauan, tiada yang pecah dan sebagainya tetapi berjalan aman,” katanya.

Beliau berkata adalah perkara biasa rakyat berhimpun termasuk di Dataran Merdeka pada malam minggu tak perlu permit.

“Seharusnya Dataran Merdeka juga adalah milik rakyat. Adakah Dataran Merdeka sudah tidak merdeka lagi, sudah tidak sesuai dengan manifestasi kewujudannya?” Soal Badrul Hisham.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION