Selangorkini
SELANGOR

Bantuan kepada SJKT tidak pernah dihentikan

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 15 MEI : Kerajaan Negeri tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri ini, sebaliknya meneruskan pemberian peruntukan sama sejak enam tahun lalu.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4 juta setiap tahun kepada SJKT dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

IMG_1193aSementara itu, bagi Sekolah Agama Rakyat (SAR) pula Kerajaan Negeri memberikan peruntukan sebanyak RM 6 juta dengan mengambil kira jumlahnya adalah sekali ganda lebih banyak daripada SJKT dan SJKC.

“Kita mahu menyangkal kenyataan kononnya Kerajaan Negeri kini seolah-olah mengabaikan SJKT dan berhentikan peruntukan.

“Kita (exco) sentiasa berebut-rebut untuk menjaga kebajikan sekolah, termasuk kebajikan sekolah Tamil, selain sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat Selangor tanpa mengira latar belakang,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco semalam.

Baru-baru ini, sebuah akhbar berbahasa Tamil didakwa mengeluarkan artikel menggambarkan kononnya Kerajaan Negeri mengambil tindakan tidak wajar memberhentikan peruntukan yang diberikan kepada SJKT.

Pada masa sama, Halimah menggesa agar guru-guru dapat berbanding bahu dengan Kerajaan Negeri bagi mencapai wawasan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri idaman,maju, sejahtera dan berkebajikan pada tahun 2025.

“Guru adalah watak utama dalam mencapai hasrat itu serta watak penting dalam menjadikan murid-murid sebagai modal insan.

“Kerajaan Negeri sangat berterima kasih kepada guru-guru yang luhur menyumbangkan bakti, Selamat Hari Guru,” katanya lagi.

EZY


Pengarang :