Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

Mat Said memang nelang

Oleh: OSAMA
Sebulan yang lalu, sewaktu di Parlimen saya didatangi oleh seseorang yang menceritakan tentang kerajaan Terengganu bakal bergolak.


Sumber yang menceritakan itu meramalkan kerajaan Mat Said akan dilucutkan oleh Najib.

Politik Terengganu kalau kita lihat asasnya ia sebenarnya goyah. Ia bermula bila Idris Jusoh tidak diterima sebagai MB Terengganu di zaman Pak Lah.

Pengikut pengikut Idris Jusoh memberontak namun Idris Jusoh bukan sifatnya seperti Mat Said. Malah Idris Jusoh sendiri telah beralih arah ke Parlimen dan akhirnya ia dilantik sebagai Menteri Pendidikan kedua.

Adakah Idris Jusoh berhenti di situ?  Ini politik. Kita harus membaca politik dari sudut yang lain. Politik ialah kemenangan untuk mendapatkan kuasa. Seandainya saya tidak dapat kuasa, kamu juga harus tidak mendapatkannya.

Kerajaan di bawah Mat Said menghadapi pelbagai masalah. Namun Nelangnya Mat Said tidak boleh dilanggar begitu sahaja.

Sehari  sebelum Parlimen dibubarkan, saya berada di Mekah. Menariknya, saya ke Mekah kali ini dengan beberapa orang kuat Umno Terengganu. Mereka ke sana selain untuk umrah, mereka juga pergi untuk membida projek pembekalan makanan kepada jemaah haji tahun lepas.

Saya dikenali sebagai orang Pas, namun tidak menjadikan masalah kepada mereka. Malah saya turut membantu mereka dengan beberapa kontak saya di Mekah.

Melalui mereka, saya mendapat beberapa gambaran tentang bakal calon umno di Terengganu.

Pulang daripada Mekah, selepas pengumuman calon calon di Terengganu, kawan saya menelefon saya dan berkata “Haji, kalau pas tak menang lagi sekali ni di Terengganu, maka suruh orang Pas berenti main politik.”

Kata kata ini menunjukkan betapa teruknya pemilihan calon pada kali ini. Saya membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Dan ternyata Umno menang lagi dengan simple majoriti.

Bila mendengar berita semasa di Parlimen hari tu, saya menghubungi kembali rakan saya itu. Dia mengesahkan tentang satu surat yang ditanda tangani oleh Mat Said untuk berhenti selepas setahun. Pengesahan itu diberikan bukti awal kepada saya. TAHUN INI TIADA SAMBUTAN KEPUTERAAN SULTAN TERENGGANU.

Ternyata perkara itu berlaku. Saya masih tidak faham kenapa sambutan keputeraan itu tiada. Adakah ia berkaitan dengan Sultan tidak menyukai Mat Said. Mengikut kawan saya itu, ia tiada kaitan.

Semenjak dari signal itu betul, saya memulakan solidariti kepada Mad Said di wall saya. Ramai yang tertanya tanya dan ramai juga yang hanya senyum sinis.

Saya rasa ianya begini. Kerajaan Terengganu di bawah Mad Said dianggap tidak mampu bertahan untuk pilihanraya akan datang.

Geng geng Idris Jusoh mengadukan hal ini kepada Najib. Untuk menyelesaikan masalah ini, Najib memberi kata dua kepada Mad Said. Mat Said menandatangani surat perletakan jawatan setahun kepada Najib.

Bila sampai setahun, Mat Said merasakan dia dikhianati. Surat yang ditandatangani dulu, bukanlah tujuan utama untuk membaiki parti tapi lebih kepada mengnyahkannya dari tampuk kuasa.

Bila Mat Said meminta tempoh, untuk menyelesaikan perkahwinan anaknya yang sememangnya secara sengaja dibuat melebihi daripada tarikh asal yang dipersetujui asalnya. Lalu Mad Said menjadikan itu alasannya untuk keluar parti.

Semua ini berlaku kerana sifat Abe Mad yang Nelang dan lemahnya Najib.

Najib menganggap perjanjian asalnya dengan Mat Said akan dipatuhi oleh Mat Said. Dalam masa yang sama, Mat Said sendiri melihat pentadbiran Najib sendiri sangat lemah.

Apa yang bakal terjadi?

Mat Said tidak akan menyokong Pas untuk memerintah kecuali Pas memberi kerusi MB kepadanya. Hanya kerusi MB yang akan dipersetujui oleh Mat Said. Saya rasa itu tidak mungkin akan terjadi.

Apakah Umno akan memberi kembali kepada kerusi MB kepada Mat Said? Ini pun sesuatu yang sukar.

Adakah dun akan dibubarkan dan pilihanraya semula akan di adakan?

Ini merupakan jalan yang paling Mat Said tidak mahu berlaku. Jika ini berlaku, Mat Said akan kehilangan kesemuanya sekali termasuk wakil rakyat.

Kesimpulannya, kalau Pas pandai memujuk Mat Said, dan bersedia memberi kerusi MB kepada Mat Said, Pas akan memerintah Terengganu namun MB nya ialah Mat Said.

Kalau Umno memberi semula kerusi MB kepada Mat Said, geng geng Idris Jusoh akan meletak jawatan beramai ramai. Ini menjadikan Umno Terengganu lumpuh kembali.

Di sini Umno dan Pas perlu bersatu bergabung untuk membubarkan dun.

Kalau dun dibubarkan, Mat Said akan hilang Nelangnya dan Umno serta Pas akan terpaksa berjuang kembali. Rakyat akan menentukannya. Saya rasa ini pilihan terbaik yang ada setakat ini.

Akhirnya sama samalah kita nantikan episod seterusnya. Bila saya menulis tentang Nelangnya Mad Said anda susah untuk percaya. Oleh itu PERCAYALAH. MAT SAID MEMANG NELANG!!

# Osama adalah Penyelaras SAMM Kelantan

 

Pengarang :