NASIONAL

Pemilihan PKR: JPP nafi ‘kemenangan’ Azmin, minta Astro Awani perbetul laporan

KUALA LUMPUR 14 MEI: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul menafikan keputusan yang kononnya memenangkan pasukan Keadilan Raya.

Mengikut kenyataan media Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil malam ini, keputusan lengkap belum dikeluarkan, malah pemilihan di peringkat negeri belum lagi selesai.

Beliau berkata, Johari juga meminta laporan yang disiarkan laman web Astro Awani dengan memetik sumber dalaman, diperbetul.

kr

Mengikut laporan itu, penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali kononnya jauh mendahului pencabarnya dengan memperoleh 5,724 atau 46 peratus undi.

Pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilapor mendapat 10,851 (32 peratus) undi dan seorang lagi calon, Datuk Saifuddin Nasution 7,609 (22 peratus) undi.

Laporan itu dilihat digembar-gembur penyokong Azmin melalui media sosial petang tadi.


Pengarang :