NASIONAL

Ahli AMK Lumut rayu bantuan biayai rawatan ibu, isteri

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 JUN: Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Faris Musa merayu orang ramai menghulurkan bantuan kewangan terhadap Ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Lumut, Khairil Azhar Khairuddin.

Faris berkata, bantuan kewangan itu diperlukan bagi membiayai kos rawatan, ubat-ubatan dan keperluan lain seperti lampin pakai buang untuk ibu beliau yang menghidap penyakit kanser tahap tiga dan isterinya yang menjalani pembedahan di Hospital Ipoh kerana sakit puan.

fariz musa pic 3“Dia beritahu saya, dugaan bertimpa-timpa. Isteri masuk hospital Ipoh kena bedah, ada sakit puan.

“Tadi balik Lumut, maknya sesak nafas dan hampir pengsan kerana aakit kansernya sudah tahap tiga. Dia juga beritahu sudah tidak mampu sebab itu rayu bantuan,” katanya melalui mesej kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Faris berkata, beliau juga diberitahu ketika ini ibu Khairil berada dalam keadaan tidak stabil.

Orang ramai boleh menghulurkan bantuan melalui akaun Maybank bernombor 1581 6326 5364 atas nama adik angkatnya Muhammed Farid Salleh.

-NFN-


Pengarang :