Selangorkini
SELANGOR

Beri pengecualian GST ke atas bahan binaan Rumah Selangorku

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 JUN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) digesa supaya memberi pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas bahan binaan bagi rumah mampu milik antaranya Rumah Selangorku untuk mengelakkan kenaikan kos.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata walaupun penjualan rumah tidak dikenakan GST, namun bahan binaan tidak terlepas daripada dikenakan cukai.

Katanya, Kerajaan Negeri turut menerima maklumat bahawa bahan binaan seperti keluli, simen, pasir, batu-bata dan jubin tidak termasuk dalam pengecualian GST.

Mei_1_anti_GST“Pemaju mempunyai pilihan sama ada untuk meningkatkan harga jualan atau terpaksa berpuas hati dengan potongan kepada pulangan serta keuntungan mereka.

“Terdapat kemungkinan juga apabila pemaju tidak mahu mengambil potongan kepada pulangan tetapi akan membina rumah dengan kualiti yang lebih rendah.

“Ini sudah tentu tidak adil kepada pembeli, bahkan lebih merugikan jika pemaju tidak mahu lagi membina rumah mampu milik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. hari ini.

Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka berkata, Kerajaan Negeri sudah meluluskan polisi Rumah Selangorku yang memastikan sejumlah unit kediaman pada projek melebihi keluasan yang ditetapkan dibina dengan kos antara RM42,000 dan RM250,000.

iskandarKatanya, bilangan itu adalah antara 30 hingga 40 peratus dan keluasannya melebihi lima atau sepuluh ekar bergantung kepada daerah dan mukim.

“Oleh yang demikian, pelaksanaan GST ke atas bahan binaan perlu dipertimbangkan semula jika harga rumah hendak dikekalkan pada paras mampu milik oleh mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kerajaan Pusat juga perlu bersama membantu usaha ini supaya rakyat dapat memiliki kediaman yang berkualiti,” katanya.

-NFN-


Pengarang :