Selangorkini
SELANGOR

MB: Projek bahaya & rugikan rakyat boleh dibatalkan

ccsb-ads

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 21 JUN: Kerajaan Selangor tidak akan teragak-agak menarik semula kelulusan diberikan sebarang projek yang terbukti mampu mengundang bahaya dan merugikan rakyat termasuk projek dikendalikan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata setiap rancangan pembangunan patut mematuhi proses undang-undang, perancangan tempatan, pendengaran awam, kajian bebas pandangan awam, kajian impak taksiran daripada semua aspek.

kidex12“Perlu diingat bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam terutamanya apabila perkara-perkara yang berkaitan dengan komunikasi dan pengangkutan serta kerja-kerja am dan utiliti adalah di bawah skop kuasa kerajaan persekutuan.

“Yakinlah bahawa Kerajaan Negeri akan memastikan pematuhan proses undang-undang, perancangan tempatan, pendengaran awam, tinjauan pendapat awam yang bebas, penilaian kajian impak dari semua aspek dan semua prosedur lain serta keperluan sebelum apa-apa projek diluluskan,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014 – ‘Folklore Festival’ di Jalan Yong Shook Lin di sini, malam tadi.

Sementara itu ketika menyentuh festival yang turut disertai pelbagai delegasi dalam dan luar negeri, Abdul Khalid berkata festival yang berlangsung dari 17 hingga 22 Jun itu dijangka mampu menarik kunjungan ribuan pengunjung.

Kata Abdul Khalid acara seumpama ini mampu memberi pelbagai manfaat kepada negara perserta dalam pelbagai aspek seperti menjalin hubungan pelbagai hala diplomatik dan ekonomi.

Abdul Khalid dalam ucapannya turut mengambil kesempatan menjemput delegasi dalam dan luar negara yang mengambil bahagian dalam festival kali ini mengunjungi Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2015.

EZY


Pengarang :