Selangorkini
NASIONAL

MH 370: Kerajaan perlu telus dedah kos, pembiaya misi

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 JUN: Kerajaan Pusat dituntut untuk mendedahkan kos yang dibelanjakan setakat ini dalam usaha mencari pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang, sejak 8 Mac lalu.

Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri, berkata Kerajaan Pusat bukan sahaja perlu bersikap telus dalam mendedahkan perkembangan misi pencarian MH370 tetapi juga kos yang digunakan.

Katanya, Kerajaan Pusat juga perlu mendedahkan pihak yang bertanggungjawab membiayai dana misi pencarian sama ada MAS, pihak insurans atau wang pembayar cukai.

yahya shari 01“Kita menyokong penuh usaha mencari yang dijalankan tetapi merasakan jumlah kos terbabit wajar didedahkan. Disebabkan kelemahan pengurusan keselamatan negara, akhirnya perbelanjaan besar terpaksa diperuntukkan untuk menutupi kelemahan itu.

“Jika kita tidak leka dengan pengurusan keselamatan, pasti semua ini dapat dielakkan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Pada 5 Jun lalu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata kawasan pencarian pesawat MH370 yang hilang akan diperluas di Koridor Selatan.

Beliau berkata, terdapat sekurang-kurangnya enam syarikat tempatan seperti Petronas, Boustead dan Deftech menyumbang dana, aset dan perkhidmatan dalam tender terbuka bagi pencarian pesawat itu.

Baru-baru ini juga, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mendedahkan bahawa kawasan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi itu bukan kawasan senar ia hilang.

JACC yang berpejabat di Australia menyatakan bahawa ia sudah menyelesaikan pencariannya di Lautan Hindi iaitu lokasi isyarat ping dikesan dan mengetepikan zon itu sebagai tempat bersemadinya pesawat MH370.

mh370 pcSementara itu Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari pesawat MH370.

ATSB mengetuai misi pencarian atas permintaan kerajaan Malaysia berdasarkan Lampiran 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang selepas satu jam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 tengah malam.

-NFN-


Pengarang :