Selangorkini
SELANGOR

PNSB FC mara ke peringkat akhir Piala Liga Super (FAS)

SHAH ALAM, 14 JUN: Pasukan Kelab Bolasepak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB FC) melakarkan satu lagi sejarah apabila berjaya melangkah ke Peringkat Akhir Piala Liga Super(FAS) 2014.

Perlawanan separuh akhir yang menyaksikan NPNG (MK Land) menentang PNSBFC di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada 12 Jun menyaksikan PNSB FC yang bermain dengan 10 pemain berjaya memenangi perlawanan tersebut 3-4 melalui penentuan sepakan penalti.

Pasukan PNSB FCPasukan PNSBFC akan menentang pasukanMPSJ pada Perlawanan Peringkat Akhir Piala Liga Super (FAS) 2014 yang akan berlangsung pada 20 Jun (Jumaat) ini bertempat di Stadium MPSJ jam 8.00 malam.

PNSB FC yang dipimpini oleh Encik Norzhaidi Hamid (pengurus), Encik Suhaimi Selamat (penolong pengurus) dan Encik Talib Sulaiman (jurulatih) menjanjikan persembahan yang terbaik dari pasukan pada perlawanan tersebut bagi merebut gelaran Juara Piala Liga Super (FAS) 2014.


Pengarang :