Dr Yunus tekad ubati masalah kebajikan penduduk DUN Sijangkang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Dr Yunus tekad ubati masalah kebajikan penduduk DUN Sijangkang

Oleh Naeem Raffi

PEMIMPIN paling berjaya sentiasa sedia mendengar teguran dan menerima pandangan mahupun orang bawahan.

IMG_9418Itulah prinsip Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Yunus Hairi yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip itu sebaik sahaja mengalas tanggungjawab sebagai Adun.


Pada awal pengambilalihan DUN Sijangkang dari BN pada 2008, beliau tidak menafikan wujud persepsi negatif terhadap Pakatan Rakyat.

Namun, situasi itu tidak berpanjangan apabila masyarakat menerima pendekatan Pakatan yang jauh lebih baik terutama dalam soal kebajikan.

“Penerimaan dan kerjasama masyarakat sangat baik dan kini sokongan mereka terutama anak muda terhadap Pakatan semakin meningkat,” katanya.

Selain menjadi Adun di tempat kelahirannya itu, Dr Yunus juga menggunakan pengalamannya sebagai doktor yang mesra dengan penduduk.

Beliau tidak kekok menyantuni setiap lapisan masyarakat dalam menjaga hal kebajikan penduduk setempat.

922586_10200506389854208_241236185_o

“Pendekatan sebagai doktor satu ketika dahulu dan Adun pada hari ini, tidak jauh bezanya. Asasnya sama iaitu berkhidmat kepada masyarakat.

“Bezanya dahulu (doktor) saya mengubati masyarakat yang sakit, tetapi kini (Adun) saya mengubati sosio budaya dan kebajikan yang sakit,” katanya.

Dr Yunus Hairi bersama petugas Pusat Khidmat DUN memberi sumbanganDalam hal insfrastruktur pula, beliau memastikan sistem perparitan dan pelebaran jalan masuk ke kampung sekitar Sijangkang dinaik taraf hingga kosnya mencecah RM1 juta.

Usaha itu sebagai langkah pencegahan banjir selain melancarkan pergerakan trafik penduduk sekitar ekoran jalan kampung sedia ada sempit.

Kerja menaik taraf itu mengguna pakai dana Geran Selangorku dan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris).

“Dengan ini, semua jalan masuk kampung di Sijangkang dilebar,” katanya, menambah sistem perparitan juga dinaik taraf dari longkang kepada parit konkrit.

Yunus juga memanfaatkan dana itu dengan menaik taraf longkang bahagian depan semua sekolah di DUN berkenaan, sekali gus bahu jalan juga diturap.

IMG_9617

“Murid selesa menunggu ibu bapa selain selamat berbanding terdedah dengan risiko kemalangan ekoran jalan sempit,” katanya

Selain itu, Yunus membawa kelegaan kepada penduduk Batu 9, Kebun Bahru apabila susur masuk simpang tiga berhampiran di satu stesen minyak di situ, dibuka selepas lapan tahun menunggu.

Sebelum ini penduduk berdepan risiko kemalangan ekoran penduduk terpaksa menjadikan stesen minyak bersebelahan simpang itu sebagai laluan alternatif sehingga merumitkan trafik.

Ia juga menyebabkan banyak kejadian kemalangan maut kepada pengguna jalan raya dan penduduk tempatan.

“Simpang tiga itu menjadi pilihan kenderaan berat keluar masuk ke kawasan Perindustrian Bebas Teluk Panglima Garang.

Dr Yunus Hairi bersama petugas Pusat Khidmat DUN memberi sumbangan PENYEREHAN SUMBANGAN YB DR YUNUS KEPADA PENDUDUK MASYARAKAT INDIA DI SEJANGKANG

Sebenarnya, penduduk membangitkan masalah itu sejak 2004 tetapi tiada tindakan tetapi sejak Yunus menjadi Adun, ia dapat diselesaikan pada 2012.

“Ini isu setempat yang saya ketengahkan sejak bertanding Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11) (2004), malangnya saya tewas.

“Apabila menang pada 2008, hal itu saya terus panjangkan ke Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL),” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION