Selangorkini
NASIONAL

Gaza terus bermandi darah, lebih 700 angka korban serangan Zionis

GAZA, 25 JULAI: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan ramai lagi cedera selepas Zionis Israel mengebom sebuah sekolah dikendali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi perlindungan kepada pelarian Palestin di utara Gaza, semalam.

Pengarah Hospital Beit Hanoun, Ayman Hamdan, berkata pelbagai pusat perubatan di sekitar kawasan berkenaan kini sedang menerima individu yang cedera.

“Pembunuhan beramai-ramai ini memerlukan lebih dari sebuah hospital untuk menanganinya,” katanya.

gaza3Seorang jurugambar Reuters di lokasi menyaksikan kesan darah di majoriti kawasan halaman sekolah berhampiran tempat ledakan bom berkenaan.

Anggota keluarga yang tinggal berdekatan sekolah itu berlari membawa anak mereka ke hospital yang merawat mangsa, beberapa ratus meter dari tempat kejadian.

Laila Al-Shinbari, seorang wanita yang berada di sekolah itu ketika pengeboman berlaku memberitahu Reuters bahawa anggota keluarganya berkumpul di halaman sekolah untuk dipindahkan oleh konvoi Palang Merah.

“Kami semua berada di satu tempat apabila tiba-tiba empat bom jatuh di atas kepala kami. Mayat bergelimpangan di bumi, terdapat darah dan teriakan.

gaza-photo“Anak lelaki saya sudah mati dan semua anggota keluarga tercedera termasuk anak saya yang lain,” katanya.

Sementara itu, angka korban meningkat kepada lebih 700 orang dalam serangan udara terbaru Israel.

Rejim Zionis memusnahkan sekurang-kurangnya 475 rumah, merosakkan 2,644 kediaman, 46 sekolah, 56 masjid dan tujuh hosiptal sejak serangan lebih dua minggu lalu.

 


Pengarang :