Selangorkini
NASIONAL

Jumlah korban Gaza meningkat 172 orang, 1260 cedera

GAZA, 14 JULAI: Jumlah kematian akibat serangan udara di bumi Palestin kini meningkat kepada 172 orang dengan menyaksikan 60 penduduk terdiri daripada wanita dan kanak-kanak di wilayah itu menjadi korban kekejaman tentera rejim Zionist.

Selain itu, 1260 orang di wilayah berkenaan dilaporkan cedera, manakala 233 kediaman musnah dalam serangan itu.

Peningkatan jumlah itu memberi tekanan kepada negara antarabangsa supaya segera mengisytiharkan gencatan senjata.

gazaPesawat perang Israel bukan sahaja mensasarkan kediaman orang awam di semenanjung Gaza, bahkan bangunan strategik untuk dimusnahkan.

Setakat pagi ini, 21 masjid, 36 sekolah termasuk enam hospital dimusnahkan dalam serangan yang masuk hari kelapan hari ini.

Pesawat Israel turut mengebom Masjid Al-Nour di bandar Gaza tengah Deir el-Balah yang turut merosakkan rumah kediaman sekitarnya.

Jet Israel juga turut memusnahkan sebuah bangunan kerajaan serta ladang di selatan semenanjung Gaza termasuk Rafah dan Khan Yunis.

Pada 12 Julai lalu, Israel turut mengebom Masjid Farouq ketika hampir waktu subuh ketika umat Islam Palestin sedang bersahur.

gaza3Pada 11 Julai pula, pesawat perang Israel mensasarkan kawasan sekitar Masjid Dar al-Salam yang menyebabkan seorang warga Palestin cedera ketika sedang berjalan pulang ke rumah selepas solat Tarawih.

Israel turut mengumumkan akan melakukan serangan darat bermula dari arah utara Genting Gaza dengan gempuran paling kuat pada bila-bila masa bermula malam tadi.

Jurucakap Ketua Tentera Israel, Brigedier Jeneral Motti Almoz, berkata persiapan akhir sudah dilakukan termasuk meletakkan kereta kebal di sepanjang perairan Palestin bagi mengelakkan campur tangan luar atau memberi ruang kepada pejuang Palestin meninggalkan kawasan mereka.


Pengarang :