SELANGOR

PAS mahu Abdul Khalid kekal MB

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 JULAI: PAS menafikan sekerasnya spekulasi konsensus Pakatan Rakyat (PR) mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur daripada terus memegang jawatan Menteri Besar.

Memetik portal The Mole, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya berkata, parti itu mahu Abdul Khalid terus kekal memimpin PR di negeri yang mempunyai rizab tertinggi itu.

MBKatanya, setakat ini tidak wujud sebarang perbincangan PR apalagi memutuskan Abdul Khalid perlu digantikan.

“Apapun, pendirian PAS kita mahu Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Semua orang tidak sempurna dan mungkin melakukan kesilapan dan pastinya ada ruang untuk diperbaiki.

“Jadi tiada sebab untuk kita mengganti Menteri Besar, apalagi Abdul Khalid dipilih PR untuk berbakti kepada rakyat Selangor,” katanya.

PAS-for-AllSejak akhir-akhir ini, Abdul Khalid diserang rakan komponen PR termasuk daripada ahli PKR sendiri yang mendesak dia meletak jawatan sebagai Menteri Besar ekoran kekalahan mengekalkan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan parti itu.

Abdul Khalid bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan berundur kerana jawatan Menteri Besar tiada kaitan dengan pemilihan parti, apalagi beliau masih kekal bergelar Adun Pelabuhan Klang.

EZY


Pengarang :