NASIONAL

Peningkatan kes culik budak, penyiasat polis tak berfungsi?

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 JULAI: Kes penculikan yang sering dilaporkan di media dan laman sosial menimbulkan persoalan baru yang mesti dijawab pihak berkuasa.

Tinjauan Selangor Kini mendapati, ramai percaya tindakan penculikan itu berkait rapat dengan wujudnya satu pasaran membeli dan menjual kanak-kanak yang bertapak dalam negara sendiri.

Pegawai Tadbir, Siti Norasyikin Saani, 30, berpendapat ramai penjenayah rakus melakukan aktiviti penculikan kerana mereka sudah ada pembelinya.

anak yatim murid 29 julai 02“Kalau tidak, buat apa mereka mahu menculik, mesti sudah ada yang menanti dan bersedia untuk membayar hasil kerja jahat mereka ini.

“Jadi, apa pula fungsi polis terutama SB (Special Branch), mengapa mereka tidak jalankan siasatan dan risikan jenayah untuk membongkar kegiatan tidak bermoral ini.

“SB yang kena siasat dan cari punca ini kerana kalau tiada ‘market’ (pasaran), maka orang hendak culik budak pun berat sebab susah hendak jual,” katanya.

received_m_mid_1406260637821_6e4f2cd35cb672eb95_0Sementara itu, Siti Norhaniza Hassan, 29, turut mendesak polis bertindak dengan lebih efisyen menangani jenayah yang semakin berleluasa.

received_m_mid_1406260637821_6e4f2cd35cb672eb95_0“Malaysia bukan tempat yang selamat lagi, dakwaan Malaysia masih aman itu rasanya satu pembohongan. Jelas, banyak cubaan penculikan berlaku dan kes kehilangan sebelum ini yang tidak jumpa dan kita tidak tahu nasib kanak-kanak ini.

received_m_mid_1406260637821_6e4f2cd35cb672eb95_0received_m_mid_1406260637821_6e4f2cd35cb672eb95_0received_m_mid_1406260637821_6e4f2cd35cb672eb95_0IMG-20140720-WA0003-1received_m_mid_1406260637821_6e4f2cd35cb672eb95_0received_m_mid_1406260637821_6e4f2cd35cb672eb95_0received_m_mid_1406260637821_6e4f2cd35cb672eb95_0Tolonglah, polis jalankan fungsi mereka. Tugas polis memang untuk kurangkan jenayah, kalau semakin bertambah apa fungsi polis,” katanya.

Sebelum ini, Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya, Kuala Selangor turut mengeluarkan pekeliling kepada ibu bapa berkenaan cubaan culik menbabitkan murid sekolah berkenaan, pada 16 Jun lalu.

Langkah sama diambil Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor mengedarkan surat pekeliling kepada sekolah agama di bawah seliaannya supaya berwaspada dengan kejadian culik berkenaan.

Mengikut statistik ibu pejabat polis Bukit Aman, terdapat 4,998 kes individu yang dilaporkan hilang pada tahun 2013 dan 2,382 berjaya ditemui semula.

Sementara itu, 45 peratus daripada kes orang hilang membabitkan remaja dan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.

Antara kes kehilangan kanak-kanak termasuk kes Nurin Jazlin Jazimin, 8; Sharline Mohd Nashar, 5; Asmawi Jalaludin, 11, dan Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5.

Mereka adalah antara kanak-kanak yang ditimpa musibah selepas keluar bersendirian walaupun jarak dengan kediaman tidak jauh.

-NFN-


Pengarang :