Selangorkini
SELANGOR

PKNS anjur Persidangan Integriti Ketiga pada 19 Ogos ini

SHAH ALAM, 16 JULAI 2014: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menganjurkan 3rd Annual International Integrity Conference Corporate Integrity Pledge – From Commitment to Compliance pada 19 Ogos depan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Pengurus Perhubungan Awam, Ishak Hashim, berkata persidangan yang bertemakan Ikrar Integriti Korporat (Corporate Integrity Pledge) mengariskan prinsip yang perlu diterima pakai agensi kerajaan, syarikat korporat dan swasta bagi menunjukkan komitmen mereka ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, telus dan bebas rasuah.

pkns-usahawan“Acara tahunan itu akan menampilkan penceramah terkemuka dari dalam dan luar negara antaranya Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Siemens Malaysia, Prakash Chandran dan ramai lagi,” katanya.

Persidangan itu juga akan dirasmikan oleh Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ishak berkata lagi, PKNS menyasarkan seramai 400 peserta yang akan menyertai persidangan tersebut.

Sehubungan itu katanya, mereka yang berminat untuk menghadiri persidangan berkenaan boleh menghubungi pihaknya di talian 03-55201718 (Mawar), 03-55201309 (Mastura/Naem), 0193093530 (Shegy), 0123369747 (Hafiz) atau 03-7960 2268 (Fairol).

Bayaran penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak RM350 bagi kakitangan awam manakala dari sektor swasta pula ialah RM500 seorang.

Terdahulu, PKNS muncul sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) pertama yang melaksanakan Sistem Integriti Korporat (CIS) dan seterusnya menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) pada 14 November 2012.

Ia kemudian diikuti oleh empat anak syarikatnya iaitu Selangor Industrial Corporation (SIC), PKNS Infra Berhad (PIB), Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan PKNS Holdings Sdn Berhad (PHSB) pada 17 Disember 2013 manakala Selaman Sdn Bhd, PKNS Engineering and Construction Berhad (PECB) dan Datumcorp International (DCI) pada 14 Mei lalu.

EZY


Pengarang :