Selangorkini
SELANGOR

Shah Alam On Wheel bakal beroperasi di Seksyen 32, Sabtu ini

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 JULAI: Warga bandar raya Shah Alam khususnya penduduk sekitar Seksyen 32 berpeluang melakukan urusan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui pejabat bergeraknya, pada minggu ini.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, Shah Alam On Wheel akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta, AEON Big Shah Alam, Bukit Rimau Seksyen 32, pada 12 Julai ini (Sabtu).

MBSAKatanya, seperti sebelum ini, pejabat bergerak itu menyediakan 18 jenis perkhidmatan untuk memudahkan warga Shah Alam membuat sebarang rujukan, semakan dan pembayaran.

“Antara kemudahan perkhidmatan yang disediakan adalah semakan dan pembayaran kompaun, membuat aduan dan semakan status aduan, semakan juga pembayaran cukai taksiran, penjualan kupon kereta, pembaharuan serta semakan lesen perniagaan.

“Orang ramai juga boleh menjelaskan bayaran kompaun dengan mendapatkan diskaun 80 peratus sepanjang bulan Ramadan melalui perkhidmatan pejabat bergerak ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Shah Alam On Wheel mula beroperasi membabitkan petugas tetap daripada pelbagai jabatan dalaman MBSA seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Korporat serta Jabatan Bangunan, pada 1 Mac lalu.

Pejabat bergerak itu menyediakan perkhidmatan luar pejabat yang juga komitmen dan inisiatif MBSA untuk menambah sistem penyampaian ‘delivery system’.

MBSAPada 5 Julai lalu, ‘Shah Alam On Wheel’ singgah di perkarangan tempat letak kereta, Pasar Raya Giant, Seksyen 18, di sini dan menerima sambutan baik orang ramai.

“Pihak MBSA berharap inisiatif Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan pada masa yang sama meningkatkan lagi sistem perkhidmatan MBSA kepada mereka,” katanya.

-NFN-


Pengarang :