Selangorkini
SELANGOR

Shah Alam On Wheel di Plaza Alam Sentral esok

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 JULAI: Warga Shah Alam sekali lagi berpeluang berurusan dengan pejabat bergerak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dijadual singgah di Plaza Alam Sentral, Seksyen 9, esok (19 Julai).

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad, berkata ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta di kawasan berhadapan Restoran Pelita di plaza itu.

MBSAKatanya, SAOW akan beroperasi bermula jam 10 pagi hingga jam 3 petang dengan menawarkan 18 jenis perkhidmatan kepada warga Shah Alam seperti membuat semakan, rujukan dan pembayaran.

“Pejabat bergerak ini menyediakan perkhidmatan luar pejabat yang juga aktiviti turun padang MBSA untuk menambahbaik sistem penyampaian ‘delivery system’.

“Dengan SAOW juga, kita harapkan warga bandar raya ini memperoleh maklumat terkini dan tepat berkenaan perkhidmatan MBSA.

“Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai tunggakan kompaun boleh mengambil kesempatan kerana melalui Kempen Pengurangan Kompaun, MBSA menawarkan potongan sehingga 80 peratus dengan membuat pembayaran di SAOW,” katanya dalam satu kenyataan.

MBSAAntara kemudahan perkhidmatan yang disediakan adalah semakan dan mencetak bil penyata cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun, mengemaskini maklumat pemunya cukai taksiran, pembayaran cukai taksiran secara dalam talian, pembaharuan dan semakan lesen perniagaan, membuat aduan serta penjualan kupon letak kereta.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan SAOW, orang ramai boleh hubungi Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti di talian 03-5510 5133 sambungan 1507 atau 1373 atau 1250 atau 1358.

-NFN-


Pengarang :