1,800 unit rumah mampu milik bakal dibina di Shah Alam | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


1,800 unit rumah mampu milik bakal dibina di Shah Alam

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 OGOS: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan memulakan rangka kerja pembinaan 1,800 unit rumah mampu milik di Shah Alam melibatkan kawasan Seksyen U1 Glenmarie dan Seksyen 35 dengan keluasan tanah sejumlah 24.7 ekar.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata pembinaan rumah mampu milik ini dijangka siap pada 2018 dan boleh dijual dengan harga antara RM200,000 hingga RM250,000 seunit.


rumah mampu milik iklan 01Katanya LPHS turut memperolehi  11 lot tanah untuk dibangunkan rumah mampu milik dengan keseluruhan keluasan lot tanah adalah 82.06 ekar.

Antara lokasinya adalah Taman Bangi Indah (Kajang), Bandar Baru Kuala Selangor, Kampung Merbau Indah (Kuala Selangor), Ladang Air Manis (Sabak Bernam) dan Kampung Galung Tengah, Hulu Yam.

“LPHS juga memberi taklimat bahawa setakat Julai 2014, sebanyak 1,682 unit rumah mampu milik sudah dibina berdasarkan Polisi Rumah Selangorku.

“Keseluruhannya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan 10,650 unit rumah mampu milik,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, hari ini.

Iskandar berkata LPHS turut menjalankan pemantauan pada setiap enam bulan bagi memastikan pemaju membina rumah mampu milik terlebih dahulu atau beiringan dengan rumah harga bebas.

Katanya sekiranya pemaju gagal, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat boleh mengeluarkan arahan henti kerja untuk menangguhkan keseluruhan pembinan projek mereka.

“Ini adalah menunjukkan komitmen Kerajaan Selangor bagi memastikan rumah mampu milik memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana sekaligus menggalakkan pemilikan rumah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kerja-kerja pembinaan 2,496 unit Fasa 1 projek rumah mampu milik Selangorku di Sungai Sering, Hulu Klang sudah dimulakan dan berjalan lancar.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION