NASIONAL

20 jenazah pesawat MH17 selamat tiba di KLIA

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 OGOS: Pesawat Khas Boeing 747 yang membawa kumpulan pertama jenazah 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden Pesawat MH17 dari Amsterdam, Belanda telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.00 pagi.

Selepas 37 hari, akhirnya kesemua jenazah ini disamput dengan penuh hormat melalui Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang diadakan di Kompleks Bunga Raya, KLIA, Sepang.

10410875_10153101287982977_8534861817822555711_n17 daripada 20 jenazah dibawa di dalam keranda sementara tiga lagi dibawa dengan abu mayat.

Kesemua mereka akan dibawa pulang ke kediaman masing-masing sebelum disemadikan mengikut kepercayaan masing-masing.

Istiadat Penghormatan ini turut dihadiri Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Permaisuri Agong,, Tuanku Sultanah Haminah Hamidun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri serta beberapa pemimpin negara yang lain.

Turut hadir sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kesemua jenazah dibawa pulang oleh juruterbang dan kru pesawat MH6129, Pegawai Penerbangan, Yap Yoon Kong; Kapten Bakri Othman, Datuk Kapten Misman Leham, Kapten Zaim Khalid.

Pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai lalu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis lepas dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

EZY


Pengarang :