37 filem dokumentari ditayang pada Freedom Film Fest | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


37 filem dokumentari ditayang pada Freedom Film Fest

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM,12 OGOS: Sebanyak 37 filem dokumentari dari seluruh dunia bertemakan hak asasi manusia akan ditayangkan dalam Festival Filem Malaysia Perdana bermula 6-13 September ini di PJ Live Arts, Jaya One, Petaling Jaya.

Pengarah Eksekutif Pusat KOMAS, Ana Har berkata Pusat KOMAS FreedomFilmFest akan menjadi tuan rumah pada tahun ini.


1020x402_aMenurut KOMSAS, filem ditayangkan mempersembahkan topik menarik dan sinematik.

“Tema kami tahun ini adalah ‘Kebebasan’ dan dari sudut ini kita akan mengetengahkan kebebasan berbeza yang telah diperjuangkan.

“Kami akan siarkan isu yang dihadapi oleh masyarakat dari Afghanistan, China, Iran, Nepal, Senegal, Singapura, Tibet dan banyak lagi.

“Hami juga mempamerkan dokumentari yang berkualiti tinggi daripada masyarakat di selatan Filipina, orang tanpa izin di Sabah, masyarakat Penan yang tinggal aman di Borneo dan pemuzik jalanan di Indonesia,” katanya.

Katanya, tiga filem Malaysia yang akan disiarkan adalah Anur Nak Ke Sekolah, Fight thru Cartoon dan Lebuh Raya Agraria.

Filem Festival ini juga disertai oleh Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG), Tenaganita, Gabungan Hak Kanak-kanak, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), 3RTV dan Kelab Bangsar Utama.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melawat http://freedomfilmfest.komas.org.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION