4 Exco PAS kekal kabinet MB bagi pertahan sumber kewangan Selangor jatuh ke Umno | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


4 Exco PAS kekal kabinet MB bagi pertahan sumber kewangan Selangor jatuh ke Umno

SHAH ALAM 15 OGOS: Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi mempertahankan tindakan kekal dalam kabinet Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menghalang Umno mengawal sumber kewangan negeri dan rizab simpanan RM3.2 bilion.

Sallehen Mukhyi berkata keputusan empat exco PAS itu sebagai benteng terakhir menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

PC EXCO MB - 13.08.2014 (11)“Orang ramai patut tidak melihatnya sebagai pengkhianat kerana berdasarkan Perlembagaan negeri hanya empat exco diperlukan bagi membolehkan kerajaan negeri berfungsi,” kata Sallehen dipetik Malaysian Insider.


Empat exco itu adalah Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen.‎

Sementara itu, Exco PAS Dr Halimah Ali berkata tiada semua yang matang membuat keputusan dalam isu Menteri Besar kerana perkara itu memerlukan kajian dan bukan keputusan terburu-buru.

“Perkara yang kecil mungkin tidak akan memberi impak yang besar, tetapi perkara yang melibatkan massa, perlu penelitian, perlu dapatkan sumber yang sahih dan lebih banyak sudut.

“Terlajak perahu boleh diundur terlajak buat berzaman padahnya,” kata Dr Halimah dipetik dari Facebooknya.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION