4 Exco PAS komited laksana tugas, kebajikan rakyat jadi keutamaan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


4 Exco PAS komited laksana tugas, kebajikan rakyat jadi keutamaan

Oleh: LIZAWATI MADFA

HULU SELANGOR, 16 OGOS: Empat anggota Exco PAS terus komited melaksanakan tugasan bagi melancarkan kelangsungan Kerajaan Negeri dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata mereka kini mempunyai jadual kerja yang padat iaitu dua kali ganda daripada bebanan sebelum ini.


Namun, katanya, perkara itu adalah tanggungjawab dan amanah terhadap rakyat yang harus ditunaikan walaupun Kerajaan Negeri kini bergelut dengan konflik politik.

iskandar speech red RMM 01“Pentadbiran Kerajaan Negeri tiada masalah, cuma kita perlu lebih masa untuk berbincang dan bermesyuarat bagi pastikan perkhidmatan kepada rakyat diteruskan.

“Adalah tidak adil untuk kita mengheret rakyat bersama dalam konflik kerana mereka harus kekal mendapat perkhidmatan dan pembelaan supaya tidak terabai,” katanya selepas merasmikan majlis Cabutan Undi Rumah Selangorku Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Antara Gapi, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor sekali lagi menegaskan PAS masih dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Kita masuk (Kerajaan Negeri) semata-mata bagi menjaga kepentingan PR dalam kerajaan supaya tidak jatuh kepada pihak lain.

PC EXCO MB - 13.08.2014 (9)“Kita juga cadangkan ahli majlis DAP, PAS dan PKR dikekalkan pada 14 Ogos lalu, menteri juga bersetuju,” katanya.

Awal minggu lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat enam anggota Exco PKR dan DAP selepas mereka membuat kenyataan tidak dapat memberi kerjasama sepenuhnya dan akan mengikut arahan parti.

Anggota Exco PAS dikekalkan dan tetap menghadiri Mesyuarat Exco walaupun didesak untuk memboikot mesyuarat mingguan itu oleh bekas Exco PR lain, pada 13 Ogos lalu.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION