SELANGOR

Abdul Khalid kekal Presiden FAS

SHAH ALAM 19 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)  bagi penggal 2014-2018 setelah menang tanpa bertanding pada kongres tahunan ke-64.

Beliau menyandang kerusi Presiden FAS sejak tahun 2010 setelah mengambil alih jawatan itu daripada Dr Mohamad Khir Toyo.

fas_logoTimbalannya Datuk Abdul Mokhtar Ahmad turut mengekalkan jawatan setelah menang tanpa bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAS bagi penggal itu yang berlangsung di Kelab Shah Alam, dekat Selangor.

Bernama melaporkan pada kongres berkenaan, tiga daripada empat Naib Presiden Datuk Emran Kadir, Datuk Seri Subahan Kamal dan K. Palanisamy mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan yang diadakan.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan bin Md Ikshan tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai salah seorang Naib Presiden dan digantikan oleh Datuk Samin Sarmin.

FASEnam muka baru turut dilantik menganggotai jawatankuasa eksekutif FAS bersama tujuh muka lama.

Mereka adalah Omar Ali, Noor Hisham Mohd Ghouth, Ariffin Hamid, Datuk P Sugumaran, Abd Rauf Ahmad dan Adanan Sariff manakala tujuh muka lama adalah Bendahari FAS Datuk S Sivasundaram, Razak Abdul Karim, V Thalayasingam, Mustaza Ahmad, K Santhanaraju, R Sekar Chandra dan Y Suntharasagaran.


Pengarang :