Abdul Khalid laksana tugas MB seperti biasa | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Abdul Khalid laksana tugas MB seperti biasa

SHAH ALAM 12 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini seperti biasa bagi menjalankan tugasnya.

Ia sehari selepas beliau mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk terus memegang jawatan Menteri Besar sehingga ada sebarang perkembangan terbaharu, susulan pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PC MB di SUK 11.08.2014 (7)Abdul Khalid yang mengenakan sut hitam kelihatan tenang dan tersenyum ketika tiba di perkarangan bangunan itu pada kira-kira 9.30 pagi sebelum memasuki pejabatnya lapor Bernama.


Beliau dijangka mengadakan perjumpaan dengan barisan Exco kerajaan negeri Selangor hari ini berhubung pendirian mereka sama ada hendak terus menyertai pentabiran kerajaan negeri atau sebaliknya.

Anggota Exco negeri itu dibarisi empat wakil PAS dan masing-masing tiga daripada DAP dan PKR.

Lembaga Disiplin PKR memecat Abdul Khalid daripada PKR berkuat kuasa serta-merta Sabtu lepas kerana ingkar arahan parti untuk melepaskan jawatan menteri besar bagi memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Abdul Khalid menjadi Menteri Besar Selangor sejak 13 Mac 2008.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION