Abdul Khalid: MB dipilih perlu berkeupayaan tadbir negeri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Abdul Khalid: MB dipilih perlu berkeupayaan tadbir negeri

SHAH ALAM 30 OGOS: Individu yang dipilih sebagai Menteri Besar perlu mempunyai keupayaan dalam mentadbir negeri.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tanpa keupayaan sendiri, seorang individu itu tidak layak untuk menyandang jawatan berkenaan.

_MG_2637“Menteri besar dipilih kerana keupayaan, jika dia berupaya, maka dia dipilih,” kata Abdul Khalid.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bacaan Yassin sempena Hari Kemerdekaan ke-57 peringkat Selangor semalam lapor Bernama.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas laporanĀ  sebuah akhbar memetik sumber yang rapat dengan Sultan Selangor bahawa ciri seorang menteri besar pilihan baginda ialah pemimpin yang efektif yang mengutamakan kepentingan rakyat dan boleh mentadbir negeri tanpa dikawal oleh sesiapa.

Baru-baru ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan menteri besar baru dibuat.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION