SELANGOR

Abdul Khalid mengadap Sultan petang ini

SHAH ALAM 26 OGOS: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kira-kira pukul 2.20 petang tadi.

Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor  bagi mendapatkan nasihat dan pandangan Baginda Sultan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Kenderaan yang membawa Baginda Sultan dilihat tiba lima minit lebih awal sebelum Abdul Khalid.

20140826_140516Sementara wakil media sudah berkampung sejak jam 12 tengah hari tadi lagi di pintu pagar utama istana bagi membuat liputan itu.

Semalam, Tan Sri Khalid berkata pertemuan tersebut dijangka berlangsung pukul 2.30 petang.

Satu sidang media akan diadakan selepas pertemuan tersebut kira-kira pada 5.30 petang.

 


Pengarang :