SELANGOR

Abdul Khalid pemimpin pentingkan integriti & jaga kepentingan awam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 26 OGOS: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah pemimpin mementingkan integriti dan teliti menjaga kepentingan awam yang diamanahkan kepada beliau.

Hal itu diakui bekas Timbalan Pengurus Dana, Jabatan Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Mohamed Rafii Abd Razak, 49, yang pernah berkhidmat dengan melapor terus kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNB itu.

terima kasih1“Cara beliau (Abdul Khalid) mentadbir, beliau betul-betul mengkaji sesuatu isu. Sebagai badan pelaburan bumiputera beliau betul-betul teliti dalam membuat pelaburan.

“Beliau mengkaji, bukan dengar satu pandangan, terus buat pelaburan tetapi beliau teliti supaya dana bumiputera dilaburkan terjaga,” kata Mohamed Rafii yang ditemui SelangorKini.

Mohamed Rafii berkata Abdul Khalid seorang yang teliti dalam pelaburan dan membuat analisis mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

“Apabila beliau merasakan ia tidak mendatangkan keuntungan kepada Melayu dan sekiranya beliau lihat mungkin ada unsur  pelaburan ini bukan pada harga sebenarnya, beliau akan selidik betul-betul dan akan panggil untuk menyemak semula kertas kerja itu.

PUNBMohamed Rafii yang menunggu isterinya seorang guru Sekolah Menengah Chung Hua di Kelantan ditemui Selangor Kini secara kebetulan di luar dewan Sekolah Menengah Chung Hua, Klang yang berlangsungnya Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kepada Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Negeri Selangor.

Jelas beliau sekiranya semakan mendapati terdapat pegawai sengaja menaikkan kos pelaburan atau cuba meletakkan harga saham melebihi nilai sebenar, tindakan akan diambil terhadap pegawai terlibat.

Ketika menyentuh isu Menteri Besar Selangor muktahir ini, Mohamed Rafii percaya sikap kedekut dan ‘kedegilan’ Abdul Khalid dalam mempertahankan prinsip intregiriti dengan menjaga amanah diberikan kepadanya menyebabkan beliau kurang disenangi rakan-rakan beliau dalam politik.

“Ini bukan soal kedekut tetapi amanah. Bagi kami yang pernah berkerja dengan Tan Sri Khalid memang tahu benar. Sikap beliau bersungguh-sungguh mempertahankan intregriti bukanlah menghairankan sebab kami kenal siapa Abdul Khalid. Masa di PNB lagi, beliau cukup tegar mempertahankan prinsip ini.

“Perbezaannya saya dapat lihat sebagai Menteri Besar beliau agak tertekan untuk memastikan amanah terjaga. Mungkin rakan-rakan politiknya mahukan sesuatu daripadanya sebab beliau Menteri Besar hingga dia tak dapat sokongan rakan-rakan dalam partinya sendiri,” katanya.

Katanya, Abdul Khalid menjalankan tanggungjawab dengan mementingkan amanah menyebabkannya tidak dapat menuruti kemahuan rakan politik.

“Padahal semasa beliau di PNB apabila Abdul Khalid menjalankan tanggungjawab dengan amanah beliau dapat  sokongan yang baik dari kakitangan PNB,” kata beliau yang kini bertugas sebagai Broker Saham di sebuah firma tempatan.

EZY


Pengarang :