Abdul Khalid umum isu MB Rabu depan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Abdul Khalid umum isu MB Rabu depan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 31 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan memberikan beberapa kenyataan berhubung jawatan Menteri Besar di negeri itu, Rabu depan.

Bagaimanapun, Abdul Khalid enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan itu.


MB Lancar Pesta Buku di SACC 30.08.2014 (7)“Saya tidak mahu komen apa-apa buat masa ini.

“Saya akan membuat beberapa kenyataan berhubung isu ini Rabu depan,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Pesta Buku Selangor 2014 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Sebelum ini, Abdul Khalid  selesai mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi memohon meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Tuanku Sultan bagaimanapun menangguhkan penerimaan peletakan jawatan terbabit sehinggalah pelantikan Menteri Besar yang baru diputuskan.

Pimpinan setiap parti Pakatan Rakyat dititahkan supaya mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon pengganti bagi membolehkan Sultan menentukan calon yang berkelayakan.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION