SELANGOR

ABIM: Adakan Solat Hajat 3 hari berturut-turut mohon isu MB Selangor selesai baik

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 14 OGOS: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengajak seluruh rakyat Selangor bersama-sama mengadakan Solat Hajat mendoakan agar isu kepimpinan di Selangor berakhir dengan baik.

Naib Presiden ABIM, Hasri Harun berkata, Solat Hajat selama tiga hari berturut-turut demi memastikan harapan rakyat untuk melihat Selangor mencapai jalan penyelesaian baik

solat“ABIM menyeru semua rakyat Selangor bersabar, bertenang dan bersikap rasional dalam menghadapi kemelut ini,” kata Hasri dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata Solat Hajat ini bertujuan mendoakan semoga kemelut di Selangor kembali aman dan program pembangunan rakyat dapat diteruskan seperti biasa.

EZY


Pengarang :